Sunday, 27 April 2014

TAKE IT OR LEAVE IT ?


  

 keputusan SPM (sijil pelajaran malaysia) 2013 baru melabuhkan tirai dengan mengeuarkan isi perutnya iaitu keputusan untuk pelajar-pelajar batch 96. ada yang baik, ade yang cukup-cukup makan, ade yang paras hidung dan ade juga yang tak berapa baik.

24/4/2014 adalah tarikh pengumuman kemasukan ke KM (kolej matrikulasi) dan Tingkatan 6 untuk sesi 2014. Maka, sebagai pelajar lepasan SPM, aku juga sangat menantikan keputusan itu sebelum keluarnya keputusan UPU. Oleh kerana, aku memang tak nak masuk ke matrik, Allah telah mengetahui segalanya. Dan akhirnya, aku ditawarkan untuk ke tingkatan 6 dalam jurusan agama di smka segamat (sekolah kluster katanya).

 
online check at www.moe.gov.my




alhamdulilah,rezeki Allah. mungkin ini rezeki aku. say hye to form 6 but still waiting for UPU. But now, aku akan daftar je dulu form 6 ni untuk persediaan awal. Then, kalau dapat UPU, maybe i had to say goodbye to f6. rezeki Allah jangan kita tolak, mungkin dia sudah catatkan cerita indah aku selapas ini. Amin~