Thursday, 29 May 2014

KAWAN BARU : dream long for 4FLAT





 alhamdulillah syukur kepada Allah sebab dapat juga aku update blog for entry hari ini.
terima kasih ya Allah. 

today, we will start about MY NEW FRIEND ! alhamdulillah walaupun baru kenal tak sampai sebulan pon tapy Allah itu maha kuasa dan kami semua satu kepala.

GANG NGANJING SELAGI BOLEH

Syukur dapat kawan macam mereka yang sangat cool and sporting. serious talk, dyeorang memang move on, chill, gempak, satu kepala even orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain dan yang paling penting matlamat kami cuma satu we strive for 4FLAT.

Dalam islam yang paling penting ukhuwah and for sure not assabiah! if we need for success, we should find it together and not alone!

kenape i said together and not alone? sebab bila kita nak berjaya kita kena help each other. lumrah dunia, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. so, everyone ade subjek yang dye pandai and kata halusnya tak pandai. can we exchange the data with everyone. For sure can if we want to success.

So, eventhough kami baru jumpa tapi alhamdulillah hati kami satu dan kami ada matlamat yang sama untuk dicapai. DREAM FOR LONG 4FLAT. 

InsyaAllah, AKU SAYANG KORANG kerana ALLAH .
semoga Allah makbulkan impian kita semua.
lupakan kenangan lalu dan buka buku baru untuk kejayaan yang hakiki!
ALLAHUAKBAR!

~PAYUNGuntukHATI~


Thursday, 8 May 2014

ALHAMDULILLAH ! EVERYTHING IS OKAY !




Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan sekalian alam. Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya dia telah memberi aku kesempatan yang sangat berharga buatku untuk menulis dalam blog kali ini. 

Syukur kerana aku telah selamat masuk ke SMKA SEGAMAT untuk pra universiti jurusan kemanusiaan pengajian islam. Dalam keadaan sedar, rupanya aku sudah seminggu berada di sana. Alhamdulilah!

Perspektif pertama semasa masuk ke SMKA SEGAMAT ialah aku bangga dengan diri sendiri kerana aku berjaya masuk ke sekolah kluster itu. Sangat hebat sekolah itu tidak dapat aku nyatakan. Dalam bidang akademik serta sahsiah pelajar di situ membuatkan semangat kau berkobar-kobar untuk berjaya.

Pada aku asrama tidak memberi masalah yang besar kepada aku. Ini kerana aku adalah salah seorang pelajar yang menetap di asrama selama 5 tahun. Jadi, ia tidak langsung memberi cabaran yang besar kepada aku. Tetapi mungkin persekitaran, tempat, suasana serta peraturan yang membezakan kehidupan aku di asrama baru ini.

Tetapi teruk atau indah sesuatu perkara itu ia tetap terpulang pada individu masing-masing juga untuk menempuhinya. Apabila kita inginkan sesuatu kejayaan, kita seharusnya dapat mengatasi serta tabah untuk menempuhi segala cabaran yang datang. 

Konklusinya, kita harus  kuat dan tabah untuk menempuhi segala cabaran yang datang supaya kita dapat mengecapi kajayaan yang kita inginkan. Alhamdulillah! aku telah menetapkan pendirian aku untuk meneruskan pra universiti ini dan akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi setiap masalah yang datang. InsyaAllah!

APABILA KITA INGINKAN SESUATU KEBAIKAN UNTUK DIRI KITA, KITA HARUSLAH SENTIASA BERUSAHA DAN TABAH DALAM HIDUP.

 ISTIQAMAH LAH DENGAN APA YANG TELAH KITA TENTUKAN, INSYAALLAH ALLAH SENTIASA AKAN MEMBANTU SETIAP HAMBANYA YANG BERUSAHA. 
Amin~

Saturday, 3 May 2014

1 DAY MORE !


        

First at all, di sini saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab yang mulia ini. kalau nak tahu sebenarnya saya suka sangat bulan REJAB ni . Nak tahu kenapa? sebab ia berkait rapat antara REJAB dan HIJRAH . 
Ia berkait rapat sebab dalam bulan rejab adalah bulan yang lebih afdal untuk bertaubat . bukan bermakna bulan lain tak boleh nak taubat . tapi bulan rejab adalah 3 bulan sebelum kita menuju ramadhan(bulan yang penuh mulia) . 
Apabila masuk bulan rejab , Rasullah berdoa "ya Allah , berkatilah kami di bulan rejab dan sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan ramadan" . 
Ini bermakna Allah beri kita waktu untuk bertaubat dan mempraktikkan amalan harian supaya kita tidak tertinggal setiap pahala yang Allah buka seluas-luasnya di bulan Ramadan . so , Permulaan HIJRAH adalah dari bulan ini . Saya doakan agar semua manusia yang ingin berhijrah diberi jalan yang mudah dan lancar.
Apabila bercerita mengenai hijrah ini, mungkin ia kebetulan atau sememangya ia rancangan Allah, saya tidak pasti. Tetapi apa yang saya pasti ialah mungkin ini hidayah daripada Allah untuk saya malah dia telah memudahkan saya dengan memberi saya tawaran untuk masuk ke sekolah menengah agama untuk Tingkatan 6 jurusan agama.
Alhamdulilah saya diberi kesempatan untuk merasa nikmat hidayah dan juga nikmat islam yang sebenarnya. Pada hakikatnya,saya adalah seorang manusia yang jahil dan lalai terhadap tuhannya. Tetapi saya ingin jelaskan disini bahawa hidayah itu layak diterima oleh sesiapa sahaja yang begelar manusia.
Dan hari ini 4/5/2014, 7:14 AM, menuninjukkan bahawa tinggal 1 hari sahaja untuk saya melangkah ke gerbang Pra Universiti di SMKA SEGAMAT. Alhamdullilah, segala perancangan setakat ini berjalan dengan lancar dengan bantuan Allah yang maha besar.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBANTU AKU UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWABKU SERTA MEMPERMUDAHKAN SEGALA JALAN YANG AKAN AKU TEMPUHI SELEPAS INI. AMIN ~
SALAM HIJRAH ikhlas dari ~PAYUNG dari HATI~
 

Thursday, 1 May 2014

BILA HATI MENJERIT RINDUKAN ALLAH



 Tarikh yang dinanti semakin hampir. Itu bermakna kehidupan sebagai pelajar asrama akan bermula kembali. Aku redha dengan semua ketentuan ilahi yang meletakkan aku di sekolah menengah agama itu. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mengenali islam dengan lebih mendalam. Dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku melakukan penghijrahan dalam hidup aku.

 Mulakan penghijrahan dengan melakukan usaha yang gigih untuk mengenal Allah, menukar cara aku berpakaian, berfikir secara rasional dan semestinya aku harus menjadi wanita yang solehah. Sungguh aku katakan bahawa sebelum ini aku terlalu jahil dan lalai dengan nikmat dunia sementara. tidak terkira dosa yang aku lakukan atas muka bumi ini. 

Ya Allah, sungguh aku lalai dengan duniamu. sungguh aku telah menjadi hamba dunia. sungguh aku malu denganmu. dengan dosa yang ada padaku. aku adalah salah satu manusia yang tidak pernah bersyukur dengan nikmatmu. Ampunkan aku, Ya Allah. sungguh aku ingin mengubah diri aku menjadi insan yang berguna di atas muka bumi ini. menjadi insan yang solehah dan menjaga maruah diri. menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapanya.

Terima kasih Ya Allah kerana masih sudi memberi hidayah kepada aku. Aku amat bersyukur dengan segala nikmat yang engkau telah tarik dariku. Ini kerana ia telah megajar aku betapa perit erti kegagalan dan betapa kosong hati ini bila berjauhan denganmu. sungguh aku bersyukur dan telah menyesali segalanya. begitulah rintihan aku bila terkenangkan segala dosa yang telah aku lakukan. 

Langit dan awan sentiasa menjadi saksi perbuatan manusia. Terkadang bila ia sedih melihatnya, maka awan akan meluahkan dengan memberi rahmat berupa hujan untuk mengingatkan tentang kebesaran Allah. Jadi, berterima kasih lah kepada langit dan awan yang sentiasa mengingatkan diri ini.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kemenangan hidup bukan bermakna mendapat kejayaan yang banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang diperolehi tanpa menguasai. Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.


“…Saat Allah swt  MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA  menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt  melenyapkan segala rasa PUTUS  ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN  berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik…:”AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU…”