Thursday, 8 May 2014

ALHAMDULILLAH ! EVERYTHING IS OKAY !




Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan sekalian alam. Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya dia telah memberi aku kesempatan yang sangat berharga buatku untuk menulis dalam blog kali ini. 

Syukur kerana aku telah selamat masuk ke SMKA SEGAMAT untuk pra universiti jurusan kemanusiaan pengajian islam. Dalam keadaan sedar, rupanya aku sudah seminggu berada di sana. Alhamdulilah!

Perspektif pertama semasa masuk ke SMKA SEGAMAT ialah aku bangga dengan diri sendiri kerana aku berjaya masuk ke sekolah kluster itu. Sangat hebat sekolah itu tidak dapat aku nyatakan. Dalam bidang akademik serta sahsiah pelajar di situ membuatkan semangat kau berkobar-kobar untuk berjaya.

Pada aku asrama tidak memberi masalah yang besar kepada aku. Ini kerana aku adalah salah seorang pelajar yang menetap di asrama selama 5 tahun. Jadi, ia tidak langsung memberi cabaran yang besar kepada aku. Tetapi mungkin persekitaran, tempat, suasana serta peraturan yang membezakan kehidupan aku di asrama baru ini.

Tetapi teruk atau indah sesuatu perkara itu ia tetap terpulang pada individu masing-masing juga untuk menempuhinya. Apabila kita inginkan sesuatu kejayaan, kita seharusnya dapat mengatasi serta tabah untuk menempuhi segala cabaran yang datang. 

Konklusinya, kita harus  kuat dan tabah untuk menempuhi segala cabaran yang datang supaya kita dapat mengecapi kajayaan yang kita inginkan. Alhamdulillah! aku telah menetapkan pendirian aku untuk meneruskan pra universiti ini dan akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi setiap masalah yang datang. InsyaAllah!

APABILA KITA INGINKAN SESUATU KEBAIKAN UNTUK DIRI KITA, KITA HARUSLAH SENTIASA BERUSAHA DAN TABAH DALAM HIDUP.

 ISTIQAMAH LAH DENGAN APA YANG TELAH KITA TENTUKAN, INSYAALLAH ALLAH SENTIASA AKAN MEMBANTU SETIAP HAMBANYA YANG BERUSAHA. 
Amin~

No comments:

Post a Comment