Thursday, 1 May 2014

BILA HATI MENJERIT RINDUKAN ALLAH



 Tarikh yang dinanti semakin hampir. Itu bermakna kehidupan sebagai pelajar asrama akan bermula kembali. Aku redha dengan semua ketentuan ilahi yang meletakkan aku di sekolah menengah agama itu. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mengenali islam dengan lebih mendalam. Dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku melakukan penghijrahan dalam hidup aku.

 Mulakan penghijrahan dengan melakukan usaha yang gigih untuk mengenal Allah, menukar cara aku berpakaian, berfikir secara rasional dan semestinya aku harus menjadi wanita yang solehah. Sungguh aku katakan bahawa sebelum ini aku terlalu jahil dan lalai dengan nikmat dunia sementara. tidak terkira dosa yang aku lakukan atas muka bumi ini. 

Ya Allah, sungguh aku lalai dengan duniamu. sungguh aku telah menjadi hamba dunia. sungguh aku malu denganmu. dengan dosa yang ada padaku. aku adalah salah satu manusia yang tidak pernah bersyukur dengan nikmatmu. Ampunkan aku, Ya Allah. sungguh aku ingin mengubah diri aku menjadi insan yang berguna di atas muka bumi ini. menjadi insan yang solehah dan menjaga maruah diri. menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapanya.

Terima kasih Ya Allah kerana masih sudi memberi hidayah kepada aku. Aku amat bersyukur dengan segala nikmat yang engkau telah tarik dariku. Ini kerana ia telah megajar aku betapa perit erti kegagalan dan betapa kosong hati ini bila berjauhan denganmu. sungguh aku bersyukur dan telah menyesali segalanya. begitulah rintihan aku bila terkenangkan segala dosa yang telah aku lakukan. 

Langit dan awan sentiasa menjadi saksi perbuatan manusia. Terkadang bila ia sedih melihatnya, maka awan akan meluahkan dengan memberi rahmat berupa hujan untuk mengingatkan tentang kebesaran Allah. Jadi, berterima kasih lah kepada langit dan awan yang sentiasa mengingatkan diri ini.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kemenangan hidup bukan bermakna mendapat kejayaan yang banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang diperolehi tanpa menguasai. Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.


“…Saat Allah swt  MENCINTAI seseorang, tempat PERTAMA  menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah swt  melenyapkan segala rasa PUTUS  ASA dan KESEDIHAN akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan HARAPAN dan KEINGINAN untuk berubah menjadi INSAN  berjiwa bersih. Hati seeloknya berbisik…:”AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU, IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU…”

No comments:

Post a Comment