Alhamdulillah ya Allah. syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk bernafas di muka bumi ini. Dengan nikmat yang tidak ternilai kau limpahkan kepadaku dari hari ke hari menjadikan aku wanita solehah yang tahu erti syukur. insyaAllah.
Dalam hijrah, sungguh aku katakan terlalu banyak halangan yang akan kita tempuhi. Hendak mengejar cinta Allah itu mudah apabila kita istiqamah tapi akan terasa payah bila kita ambil endah tak endah.
Apabila kita sedang istiqamah dalam berhijrah, terdapat persoalan lain yang mengundang amarah untuk kembali kejalan yang tidak diredhai. Apakah persoalan itu?
Persoalannya ialah IMAN. iman adalah perkara penting yang sentiasa menguatkan hati kita. Jika kita hanya istiqamah tanpa iman, peluang untuk kembali ke jalan kejahilan itu sangat tinggi. Jadi, untuk melengkapakannya kita harus sentiasa istiqamah dengan iman.
Jadi, kita harus sentiasa muhasabah diri sebelum tidur supaya hidup kita tenang. dan sentiasalah berdoa pada Allah supaya sentiasa peliharakan diri kita dengan imannya.
Ya Allah, sungguh kami hanya hamba mu yang lemah. Kami mohon kau sentiasa lindungi kami dari segala hasutan syaitan. Lindungilah kami di bawah lembayung rahmatmu. dan kau peliharalah kami dengan imanmu.
~Amin~

No comments:
Post a Comment