Thursday, 10 July 2014

" WE ARE WHAT WE THINK"





Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk ana mengisi ruang kosong yang sudah lama tidak diisi ini. Alhamdulillah !!! untuk perkongsian kali ini ana ingin berbicara tentang satu kata-kata yang sangat tersemat di hati ana iaitu 

" WE ARE WHAT WE THINK"

Satu kata-kata yang telah menyuntik semangat ana untuk terus berjuang dan mencapai kajayaan. Kata-kata yang penuh maksud iaitu "kita adalah apa yang kita pikir". Untuk mencapai sesuatu kejayaan kita harus percaya pada diri sendiri. Kadang-kadang kita terusik akan mainan hati yang membuatkan kita tidak percaya tentang apa yang kita pikir.

Percayalah bahawa apa yang kita mahukan akan menjadi kenyataan apabila kita yakin yang kita boleh lakukan. Tetapi setakat percaya dan yakin sahaja tidak mencukupi. apa yang penting ialah usaha. 

Usaha telah mengajar ana erti kepayahan, kepahitan, kesengsaraan dan kepedihan yang akhirnya membuahkan satu kejayaan yang manis dan indah.

"Ya Allah, kau berikanlah aku dan umat lain yang telah merasai kepahitan kegagalan dengan menggantikannya dengan kemanisan kejayaan "

Dan insyaAllah ana dan sahabat-sahabat ana bakal menjadi peneraju negara suatu hari nanti
Dengan ukhuwah kami akan bersatu dan berjihad untuk menuju jalan yang diredhai Allah.

BAKAL PENERAJU NEGARA



Kami tinggal di bawah satu bumbung dan menjadi sahabat yang akrab dan matlamat kami hanya satu

JIHAD FISABILLILAH
we are what we think

salam ramadhan buat semua

~PAYUNGuntukHATI~

No comments:

Post a Comment