Friday, 30 September 2016

Mercy Of Allah




hye bloggieeee... after a long time ago.. i din't touch and typing for this blogg.. today i"m back.. 
Alhamdulillah to Allah sebab bagi i banyak rasa nikmat bahagia sementara yang dipinjamkannya...

        after a few month, i tunggu punya tunggu.. alhamdulillah it's the time yang i paling happy sebab i dapat hadiahkan something yang akan buat my parents senyum panjang atas kejayaan yang anak dia capai ni..

        Alhamdulillah Allah dengar setiap bait-bait doa yang aku panjatkan kepadanya.. syukur alhadulillah.. i was choosen to be a part of UITM SHAH ALAM student.. in degree of mass comunication (management and policy)...

SURAT TAWARAN KE UITM SHAH ALAM

tidak dapat ku gambarkan perasaan ku ketika ini apabila aku dapat memberikan senyuman yang tak terhingga kepada kedua ibu bapaku... gembira.. bangga.. terharu.. puas.. berbagai perasaan yang dapat aku rasakan ketika ini.. yag penting segalanya indah belaka....

hari pendaftaran telah tiba dan akhirnya aku sampai ke destinasi yang tuju... sekali lagi Alhamdullliah Ya Allah.....

bersama ibu tercintaaa
ayah dan adikk..

InsyaAllah dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada aku kini, aku akan pastikan yang kejayaan itu milik aku.. Ya Allah kau berkatilah kehidupan ku disini dan izinkan aku membawa segulung ijazah buat kedua ibu bapaku.. Amin~


SHOW SOMETHING THAT YOU HAVE EVERYTHING





Monday, 11 January 2016

BUSY LIFE MAKE YOU LOVE YOUR TIME






                    Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya dapat juga ana menyambung entry kali ini..
setelah sekian lama ana menghilang.. rupannya ramai yang menunggu entry ana.. masyaAllah rasa diri ini sangat dihargai... untuk entry kali ini, ana ingin kupas sikit mengenai MASA..

                   For your information, ana telah melalui fasa yang sangat sibuk kerana ana harus menduduki peperiksaan STPM yang berlangsung pada akhir bulan 11 tahun lepas.. Alhamdulillah dengan izin Allah juga, ana telah habis menuntut pengajian dan sekarang sedang menunggu keputusan.. 

                   Berbalik pada point utama kita iaitu MASA.. It is a very worth thing bila kita mempunyai masa untuk bersantai dan bersuka ria.. lagi jelas kelihatan apabila kita merupakan orang yang sangat sibuk dengan urusan seharian.. bagi yang seperti saya, sibuk bekerja dan jarang mempunyai masa untuk berehat dan bersama keluarga akan terasa nikmat apabila kita dapat luangkan masa dengan yang tersayang....

                  Jadi, kita haruslah sentiasa menghargai masa itu dengan sebaik- baiknya.. kerana masa itu anugerah tuhan yang tidak terhingga... when you know your time are worth, you will love your time.. so, when you got your time, please full it with your love thing..

 

IF YOU ARE NOT DOING WHAT YOU LOVE, YOU ARE WASTING YOUR TIME - Billy Joel -


                
when you learn to love your own company, 
you become far more careful about who you spend your time with




Thursday, 10 July 2014

" WE ARE WHAT WE THINK"





Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk ana mengisi ruang kosong yang sudah lama tidak diisi ini. Alhamdulillah !!! untuk perkongsian kali ini ana ingin berbicara tentang satu kata-kata yang sangat tersemat di hati ana iaitu 

" WE ARE WHAT WE THINK"

Satu kata-kata yang telah menyuntik semangat ana untuk terus berjuang dan mencapai kajayaan. Kata-kata yang penuh maksud iaitu "kita adalah apa yang kita pikir". Untuk mencapai sesuatu kejayaan kita harus percaya pada diri sendiri. Kadang-kadang kita terusik akan mainan hati yang membuatkan kita tidak percaya tentang apa yang kita pikir.

Percayalah bahawa apa yang kita mahukan akan menjadi kenyataan apabila kita yakin yang kita boleh lakukan. Tetapi setakat percaya dan yakin sahaja tidak mencukupi. apa yang penting ialah usaha. 

Usaha telah mengajar ana erti kepayahan, kepahitan, kesengsaraan dan kepedihan yang akhirnya membuahkan satu kejayaan yang manis dan indah.

"Ya Allah, kau berikanlah aku dan umat lain yang telah merasai kepahitan kegagalan dengan menggantikannya dengan kemanisan kejayaan "

Dan insyaAllah ana dan sahabat-sahabat ana bakal menjadi peneraju negara suatu hari nanti
Dengan ukhuwah kami akan bersatu dan berjihad untuk menuju jalan yang diredhai Allah.

BAKAL PENERAJU NEGARA



Kami tinggal di bawah satu bumbung dan menjadi sahabat yang akrab dan matlamat kami hanya satu

JIHAD FISABILLILAH
we are what we think

salam ramadhan buat semua

~PAYUNGuntukHATI~

Tuesday, 3 June 2014

YA ALLAH ! KAU PELIHARALAH KAMI DENGAN IMANMU.




Alhamdulillah ya Allah. syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk bernafas di muka bumi ini. Dengan nikmat yang tidak ternilai kau limpahkan kepadaku dari hari ke hari menjadikan aku wanita solehah yang tahu erti syukur. insyaAllah.

 Dalam hijrah, sungguh aku katakan terlalu banyak halangan yang akan kita tempuhi. Hendak mengejar cinta Allah itu mudah apabila kita istiqamah tapi akan terasa payah bila kita ambil endah tak endah.

Apabila kita sedang istiqamah dalam berhijrah, terdapat persoalan lain yang mengundang amarah untuk kembali kejalan yang tidak diredhai. Apakah persoalan itu? 

Persoalannya ialah IMAN. iman adalah perkara penting yang sentiasa menguatkan hati kita. Jika kita hanya istiqamah tanpa iman, peluang untuk kembali ke jalan kejahilan itu sangat tinggi. Jadi, untuk melengkapakannya kita harus sentiasa istiqamah dengan iman.

Jadi, kita harus sentiasa muhasabah diri sebelum tidur supaya hidup kita tenang. dan sentiasalah berdoa pada Allah supaya sentiasa peliharakan diri kita dengan imannya.

Ya Allah, sungguh kami hanya hamba mu yang lemah. Kami mohon kau sentiasa lindungi kami dari segala hasutan syaitan. Lindungilah kami di bawah lembayung rahmatmu. dan kau peliharalah kami dengan imanmu. 
~Amin~


Thursday, 29 May 2014

KAWAN BARU : dream long for 4FLAT





 alhamdulillah syukur kepada Allah sebab dapat juga aku update blog for entry hari ini.
terima kasih ya Allah. 

today, we will start about MY NEW FRIEND ! alhamdulillah walaupun baru kenal tak sampai sebulan pon tapy Allah itu maha kuasa dan kami semua satu kepala.

GANG NGANJING SELAGI BOLEH

Syukur dapat kawan macam mereka yang sangat cool and sporting. serious talk, dyeorang memang move on, chill, gempak, satu kepala even orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain dan yang paling penting matlamat kami cuma satu we strive for 4FLAT.

Dalam islam yang paling penting ukhuwah and for sure not assabiah! if we need for success, we should find it together and not alone!

kenape i said together and not alone? sebab bila kita nak berjaya kita kena help each other. lumrah dunia, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. so, everyone ade subjek yang dye pandai and kata halusnya tak pandai. can we exchange the data with everyone. For sure can if we want to success.

So, eventhough kami baru jumpa tapi alhamdulillah hati kami satu dan kami ada matlamat yang sama untuk dicapai. DREAM FOR LONG 4FLAT. 

InsyaAllah, AKU SAYANG KORANG kerana ALLAH .
semoga Allah makbulkan impian kita semua.
lupakan kenangan lalu dan buka buku baru untuk kejayaan yang hakiki!
ALLAHUAKBAR!

~PAYUNGuntukHATI~


Thursday, 8 May 2014

ALHAMDULILLAH ! EVERYTHING IS OKAY !




Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan sekalian alam. Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya dia telah memberi aku kesempatan yang sangat berharga buatku untuk menulis dalam blog kali ini. 

Syukur kerana aku telah selamat masuk ke SMKA SEGAMAT untuk pra universiti jurusan kemanusiaan pengajian islam. Dalam keadaan sedar, rupanya aku sudah seminggu berada di sana. Alhamdulilah!

Perspektif pertama semasa masuk ke SMKA SEGAMAT ialah aku bangga dengan diri sendiri kerana aku berjaya masuk ke sekolah kluster itu. Sangat hebat sekolah itu tidak dapat aku nyatakan. Dalam bidang akademik serta sahsiah pelajar di situ membuatkan semangat kau berkobar-kobar untuk berjaya.

Pada aku asrama tidak memberi masalah yang besar kepada aku. Ini kerana aku adalah salah seorang pelajar yang menetap di asrama selama 5 tahun. Jadi, ia tidak langsung memberi cabaran yang besar kepada aku. Tetapi mungkin persekitaran, tempat, suasana serta peraturan yang membezakan kehidupan aku di asrama baru ini.

Tetapi teruk atau indah sesuatu perkara itu ia tetap terpulang pada individu masing-masing juga untuk menempuhinya. Apabila kita inginkan sesuatu kejayaan, kita seharusnya dapat mengatasi serta tabah untuk menempuhi segala cabaran yang datang. 

Konklusinya, kita harus  kuat dan tabah untuk menempuhi segala cabaran yang datang supaya kita dapat mengecapi kajayaan yang kita inginkan. Alhamdulillah! aku telah menetapkan pendirian aku untuk meneruskan pra universiti ini dan akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi setiap masalah yang datang. InsyaAllah!

APABILA KITA INGINKAN SESUATU KEBAIKAN UNTUK DIRI KITA, KITA HARUSLAH SENTIASA BERUSAHA DAN TABAH DALAM HIDUP.

 ISTIQAMAH LAH DENGAN APA YANG TELAH KITA TENTUKAN, INSYAALLAH ALLAH SENTIASA AKAN MEMBANTU SETIAP HAMBANYA YANG BERUSAHA. 
Amin~

Saturday, 3 May 2014

1 DAY MORE !


        

First at all, di sini saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab yang mulia ini. kalau nak tahu sebenarnya saya suka sangat bulan REJAB ni . Nak tahu kenapa? sebab ia berkait rapat antara REJAB dan HIJRAH . 
Ia berkait rapat sebab dalam bulan rejab adalah bulan yang lebih afdal untuk bertaubat . bukan bermakna bulan lain tak boleh nak taubat . tapi bulan rejab adalah 3 bulan sebelum kita menuju ramadhan(bulan yang penuh mulia) . 
Apabila masuk bulan rejab , Rasullah berdoa "ya Allah , berkatilah kami di bulan rejab dan sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan ramadan" . 
Ini bermakna Allah beri kita waktu untuk bertaubat dan mempraktikkan amalan harian supaya kita tidak tertinggal setiap pahala yang Allah buka seluas-luasnya di bulan Ramadan . so , Permulaan HIJRAH adalah dari bulan ini . Saya doakan agar semua manusia yang ingin berhijrah diberi jalan yang mudah dan lancar.
Apabila bercerita mengenai hijrah ini, mungkin ia kebetulan atau sememangya ia rancangan Allah, saya tidak pasti. Tetapi apa yang saya pasti ialah mungkin ini hidayah daripada Allah untuk saya malah dia telah memudahkan saya dengan memberi saya tawaran untuk masuk ke sekolah menengah agama untuk Tingkatan 6 jurusan agama.
Alhamdulilah saya diberi kesempatan untuk merasa nikmat hidayah dan juga nikmat islam yang sebenarnya. Pada hakikatnya,saya adalah seorang manusia yang jahil dan lalai terhadap tuhannya. Tetapi saya ingin jelaskan disini bahawa hidayah itu layak diterima oleh sesiapa sahaja yang begelar manusia.
Dan hari ini 4/5/2014, 7:14 AM, menuninjukkan bahawa tinggal 1 hari sahaja untuk saya melangkah ke gerbang Pra Universiti di SMKA SEGAMAT. Alhamdullilah, segala perancangan setakat ini berjalan dengan lancar dengan bantuan Allah yang maha besar.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBANTU AKU UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWABKU SERTA MEMPERMUDAHKAN SEGALA JALAN YANG AKAN AKU TEMPUHI SELEPAS INI. AMIN ~
SALAM HIJRAH ikhlas dari ~PAYUNG dari HATI~